Asal usul kek marble
Kek Marble berasal dari Jerman pada abad ke-19.
Pada asalnya mereka mengadun Kek Marble dengan menggunakan rempah ratus dan sirap gula.
Dua warna yang digunakan Kek Marble tradisional adalah warna coklat dan vanila.
Resipi pertama yang direkodkan untuk kek marble muncul dalam buku masakan Amerika yang diterbitkan pada tahun 1889.
Resipi ini menggantikan gabungan rempah ratus dan sirap gula dengan menggunakan coklat ke dalam kek.
Kek Marble kekal popular sepanjang abad ke-19 dan ke-20.
Menurut “Encyclopedia of Jewish Food” oleh Gil Marks, “Pada tahun 1950-an hingga 1970-an kebanyakkan kedai roti di New York menambah sedikit ekstrak badam pada kek marble coklat.
Kini, Kek Marble diadun menggunakan campuran warna kegemaran masing-masing.
Bahan Asas Kek Marble
Kek Marble selalunya dihasilkan menggunakan mentega. Selain itu kek Marble boleh dihasilkan menggunakan minyak kelapa.
Kek Marble yang dihasilkan menggunakan minyak kelapa rasa berlemak dan sangat enak dimakan di waktu petang bersama kopi atau teh panas.
Kek Marble merupakan kek tradisional yang digemari ramai termasuk saya.
Saya menghasilkan Cupcake Marble kerana mudah untuk dimakan dan teksturnya yang lembap dapat dikekalkan dengan saiz cupcake.

Cupcake Marble yang saya hasilkan menggunakan tiga warna iaitu, pewarna makanan merah, campuran Milo dan koko untuk warna coklat serta warna asli vanilla.
Cupcake Marble saya sesuai digunakan untuk pelbagai majlis seperti majlis pertunangan, sambutan hari jadi dan majlis menyambut menantu.