Anda mencari cupcake untuk dijadikan door gift, hantaran atau majlis sambutan hari jadi? Kami sedia membantu!
Kami menyediakan perkhidmatan yang memudahkan anda mengatur majlis bagi meraikan apa saja hari istimewa anda.
Baca dengan lebih lanjut untuk mengetahui kisah kami.
Hati Mila berbunga-bunga menanti hari paling bahagia saat disatukan bersama orang tersayang.
Mila dengan dibantu keluarga membuat persiapan majlis perkahwinan yang dirancang.
Segala-galanya berjalan lancar hinggalah tujuh hari sebelum majlis berlangsung mereka baru tersedar bahagian hadiah tetamu (door gift) terlepas pandang dan tidak disediakan.
Pagi itu Mila membuka website dalam google untuk mencari pembekal bagi menyediakan door gift dalam masa terdekat.
Jari-jemari Mila menaip perkataan cupcake dan dia terpandang cupcake jenama COCAKERY yang muncul dalam cariannya.
Mila membaca latar belakang cupcake yang dihasilkan daripada minyak kelapa sebagai bahan utama.
Dia berasa cupcake ini sesuai dengan tetamu jemputannya.
COCAKERY menyediakan sembilan perisa iaitu Marble, Vanilla Chocolate Chips, Pandan, Orange Chocolate Rice, Strawberry, Blueberry, Red Velvet, Milo Chocolate Chips dan Milo Almond.
Website Halaman Sihat Enterprise memberi maklumat gambar cupcake itu yang dijual di dapur COCAKERY di Bandar Baru Selayang dan nombor telefon untuk dihubungi.
Mila ke dapur COCAKERY yang tidak jauh dari rumahnya untuk melihat lebih dekat cupcake COCAKERY.
Sesampainya Mila , dia nampak di satu sudut, cupcake itu disusun di tetingkat kek dengan bungkusan kreatif untuk mudah dilihat dan diambil pembeli.

Mila membeli satu cupcake untuk dirasa bagi memudahkan dia membuat pilihan.
Selepas Mila mencuba cupcake itu dan berasa sedap, dia memutuskan untuk membuat tempahan.
Rasa dan bungkusan yang cantik sesuai untuk dijadikan hadiah tetamu selain dekat dengan rumahnya.
Kami boleh menyediakan dalam tempoh yang diperlukan Mila untuk majlis perkahwinannya (tempoh tempahan dalam masa sekurang-kurangnya dua hari sebelum majlis).
Kami berusaha memberi kegembiraan kepada Mila yang merancang majlis istimewa menjadi kenangan indah.
Cupcake COCAKERY menawar kepada pengguna citarasa tropika yang dihasilkan daripada minyak kelapa sebagai bahan utama.
Cupcake daripada kami tidak mengundang rasa muak dan boleh dinikmati bersama minuman panas seperti teh, kopi atau koko panas.
Ia boleh dijadikan hidangan waktu rehat pagi dan petang sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
Teksturnya yang lembut memenuhi kehendak ramai yang sangat suka kepada cupcake lembut dan gebu.
COCAKERY diperbuat daripada bahan premium dan bermutu bagi menghasilkan cupcake yang benar-benar memuaskan.
Kepuasan yang dinikmati bersama hidangan cupcake dibakar segar dengan bahan asli boleh dikongsi bersama ahli keluarga, saudara mara dan sahabat untuk dijadikan buah tangan atau hadiah.
Rasa sedap yang perlu dikongsi bersama orang tersayang boleh menambat hati mereka. Orang tersayang turut menyayangi anda apabila anda menghargainya dengan memberi cupcake yang enak.
Anda menikmati rasa sebenar cupcake sebenar tanpa aising.
Ya! Sudah tentu.
Jika anda peminat rasa vanila, anda merasai sepenuhnya rasa cupcake vanila dengan cokelat cip.
Bagi rasa klasik seperti Pandan dan Marble, anda boleh sepuas-puasnya menikmati kek itu tanpa halangan aising.
Bukan saja klasik, rasa moden seperti Red Velvet, Blueberry, Orange Chocolate Rice dan Strawberry memberi pilihan kepada anda.
Tidak lupa minuman koko popular Malaysia iaitu Milo juga diadaptasi dalam cupcake COCAKERY.
Dalam menyediakan pilihan perisa kami berusaha memberi campuran pilihan klasik dan moden.
Adalah tidak sukar untuk anda mendapatkannya dengan segala maklumat ada tersedia di website.
Cara membuat tempahan juga mudah dengan menghantar pesanan melalui khidmat pesanan ringkas di 011-14378464.
Segala-galanya di hujung jari. Anda cuma melayari website kami dan membuat tempahan. Kami pula menerima tempahan dan menyediakan cupcake sedap untuk anda nikmati.