Cupcake kami berjenama COCAKERY yang dihasilkan pembuatan sepenuhnya di Selayang.
Kami percaya cupcake kami istimewa dan sihat tanpa aising adalah cara menikmati cupcake yang sedap.
Keistimewaan ini menepati cita rasa penggemar cupcake tanpa aising. Kami menyediakan pelbagai perisa yang boleh dinikmati ramai.
Teras utama perniagaan kami adalah menghasilkan cupcake bagi mereka yang mempunyai alergi terhadap produk tenusu.
Penggunaan minyak kelapa sebagai ramuan utama dalam adunan kek membolehkan kami menghasilkan pelbagai jenis cupcake tanpa produk tenusu. Minyak kelapa ini menjadikan tekstur cupcake lembut dan wangi.
Kami yakin cupcake terbaik dihasilkan dengan pemilihan gabungan ramuan bermutu.
Kesedapan cupcake ini dihasilkan daripada kaedah kami menghasilkan tepung naik sendiri untuk setiap bancuhan cupcake.
Justeru, kami dapat memastikan setiap pelanggan berpuas hati.
Rasa manisnya sesuai untuk semua lapisan masyarakat kerana nisbah tepung dan gula yang sekata.
Telur yang digunakan dalam setiap pembuatan cupcake dicuci bagi memastikan kebersihan dijaga.
Selepas dibakar dengan masa dan suhu pada kadar tertentu, kami sejukkan sebelum dibungkus bagi memastikan kesegaran cupcake tersebut.
Kek segar kami diisi dalam bungkusan kreatif supaya boleh dijadikan sebagai hadiah kepada rakan dan ahli keluarga.
Kisah di sebalik cupcake
Penghasilan cupcake kami dibantu dengan analisis bagi memudahkan kami memenuhi permintaan penggemar cupcake.
Pelanggan boleh memilih cupcake daripada sembilan perisa berbeza di dalam menu kami.
Ketahui lebih lanjut untuk mengenali antara perisa yang menjadi pilihan.
Orange Chocolate Rice

Cupcake ini merupakan cupcake yang unik kerana gabungan perisa oren dan coklat. Rasa sedap oren menyerlah dengan padanan coklat buatan tempatan.
Selain daripada itu cupcake ini ditaburi dengan chocolate rice membuatkan rasa kesedapan yang maksimum pada harga berpatutan.
Analisis cupcake menunjukan perisa oren mendapat sambutan ramai, oleh yang demikian kami menambah pengeluaran cupcake perisa ini dari dapur kami.
Orange chocolate rice sesuai dimakan dengan minuman panas seperti koko, kopi dan teh.
Perisa ini digemari kanak-kanak dan dewasa.
Red Velvet

Warna dan rasa cupcake terhasil daripada campuran serbuk koko asli dan perwarna merah.
Kami menyesuaikan cupcake ini dengan citarasa tempatan supaya dapat dinikmati kelazatannya.
Red velvet ini tidak dapat dipisahkan dengan krim diatasnya, cupcake ini diiringi dengan krim kastard sebagai pelengkap rasa.
Milo Chocolate Chip

Milo merupakan minuman koko kegemaran rakyat Malaysia.
Rasa sedap ini kami terapkan dalam adunan cupcake Milo kami supaya dinikmati dengan cara yang berbeza.
Bagi menambah kesedapan kami taburi dengan butiran cip coklat dalam adunan cupcake tersebut.
Berdasarkan data perniagaan kami yang terkumpul sejak Oktober 2020 hingga hari ini, kami telah membuat kesimpulan bahawa rasa paling laris sejauh ini adalah Milo Chocolate Chips (28 Januari 2021).
Vanilla Chocolate Chips

Vanilla Chocolate Chips adalah kombinasi rasa klasik yang diolah dengan tambahan bahan masakan moden, cip coklat.
Seorang daripada pelanggan berkongsi pengalaman menikmati perisa ini sebagai pencuci mulut selepas hidangan utama nasi lemak.
Milo Marble

Kek Marble adalah kek tradisional yang diwarisi turun temurun dan kami mengambil keistimewaan dengan menghasilkan dalam bentuk cupcake.
Kek Marble mempunyai lapisan warna berselang seli dengan tiga warna iaitu merah, vanila dan coklat.
Seorang pelanggan wanita membawa Kek Marble Cupcakes kami untuk majlis istimewa bertemu ibu mertuanya.
Beryl’s

Beryl’s diadun menggunakan coklat gelap tempatan. Namun begitu, tekstur, rasa dan warna sangat sedap menepati cita rasa penggemar coklat.
Anda boleh menikmati kek cawan Beryl dengan teh panas dan kopi sama ada untuk rehat kopi pagi atau waktu minum petang .
Kesimpulan
Hari demi hari kami mendengar komen motivasi dari pelanggan dan kami ingin mendengar daripada anda juga!